Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Oktober 2016

9 Gambar Terkini Aida Abdul Madu Erma Fatima, Isteri Kedua Bade

9 Gambar Terkini Aida Abdul Madu Erma Fatima, Isteri Kedua Bade


Siapa yang tak kenal dengan pasangan pengarah paling power di Malaysia iaitu Bade dan Erma Fatima.

Bade pernah popular melalui filem KL Menjerit dan Castello manakala Erma Fatima pula kini sedang rancak dengan drama Mok Cun yang amat popular.

Ramai mengetahui, Bade Hj Azmi kini mempunyai dua orang isteri iaitu Erma Fatima dan juga Aida Abdul.

Ketika diawal pernikahan dengan Aida, perkahwinan dengan Erma dilanda kontroversi apabila Erma Fatima ada menuntut penceraian.

Namun syukur, perkahwinan Bade dan Erma Fatima masih utuh.

Isteri keduanya itu dikahwini 3 tahun lalu. Mereka kini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka.

Memang comel kedua-dua anak Bade dengan Aida ini.

Aida Abdul juga kerap dilihat telah memakai tudung setelah dikurniakan cahaya mata kedua ini.

Jom lihat gambar terkini Aida Abdul dan anak-anaknya:










Lambung Anak, Hairul Azreen Dikecam

Lambung Anak, Hairul Azreen Dikecam 



Anak sulung Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bernama Yusuf Iskandar.

Terbaru tentang keluarga ini, Hairul ada memuat naik gambar sedang melambung anaknya dan kucing itu di laman sosial.

Perkara ini mendapat kritikan dari para follower yang bimbang keadaan anaknya kerana dilambung.

Ada follower dilihat kurang setuju dengan tindakan beliau itu kerana baby kecil yang dilambung boleh mengalami kecederaan di bahagian leher kerana masih belum kuat.

Untuk pengetahuan Yusuf baru sahaja berumur 4 tahun dan amat lemah di bahagian leher.

Apatah lagi kalau baaby Yusof terjatuh

Ini antara komen dari orang ramai:








Mungkin gambar itu diedit atau menggunakan teknik trik kamera. Mesti Hairul Azreen dah mengambil langkah keselamatan anaknya itu.

Kepada ibu bapa muda, sila jangan tiru gaya seperti ini, kata doktor ianya memang boleh membahayakan bayi kecil.

Kamis, 20 Oktober 2016

Pelakon Mia Sara Menangis Ketika Cerita Jualan Tudung Tak Laku

Pelakon Mia Sara Menangis Ketika Cerita Jualan Tudung Tak Laku



Mia Sara Nasuha merupakan pelakon cilik yang popular di Malaysia.

Dia juga kini bergelar ahli perniagaan apabila menjadi usahawan menjual tudung keluarannya.

Mia baru sahaja berumur 11 tahun namun perniagaan berjalan dengan baik dan amat berjaya.

Namun baru-baru ini, Mia Sara dilihat telah mengalirkan air mata ketika menceritakan pengalaman sedihnya ketika mula berniaga dulu.

Pelakon ini menceritakan kisah lamanya itu kepada hadirin di majlis pelancaran jenamanya iaitu Mia Sara (MS) Couture.

Pengalaman saat mula-mula berniaga memang pengalaman yang tidak dapat Mia Sara lupakan, sehingga mengalir air matanya apabila bercerita detik tersebut.

Mia berkata dia bersama ayah dan rakan kongsi Mohad Azman Bermula dengan hanya menjual tudung secara kecil-kecilan di bawah khemah di Kampung Batu.

Dia mendedahkan, pernah satu waktu, langsung tiada seorang pun pelanggan yang datang dan membeli tudungnya.

Ini komen Mia:

�MS Couture ni pada mulanya sangat kecil. Masa tu kami jual tudung bawah khemah jer, di Kampung Batu. Pernah ada ketika, tiada seorang pelanggan pun yang datang membeli tudung Mia.

�Sampaikan pernah Mia rasa macam putus asa dan cadangkan pada papa agar buat saja jualan secara online tapi kalau tak laku juga, tak payahlah jual langsung lepas ni,�

�Tapi hari ini Mia bersyukur dan tak sangka MS Couture ni semakin besar dan Mia sekarang sudah ada jenama tudung sendiri. Segala penat lelah dan usaha keras saya, papa dan rakan kongsi kami abang Azman berbaloi.

�Tambahan selepas Mia diundang oleh TV Al-Hijrah dan berpeluang mempromosikan koleksi tudung saya, jualan tudung saya semakin mendapat sambutan,�


Mia Sara Nasuha kini ini membuat keputusan untuk berhijab dan menceburi bidang perniagaan bersama bapanya.

Alhamdulillah walaupun berdepan detik sukar, kini perniagaannya berkembang maju.

Semoga Mia Sara sentiasa berjaya didunia dan juga akhirat.

Tak Tahan Dikecam Orang Ramai, Ini Tindakan Uqasha Senrose

Tak Tahan Dikecam Orang Ramai, Ini Tindakan Uqasha Senrose


Setelah Uqasha Senrose mengumumakn keputusannya untuk tidak lagi bertudung, pelakon ini teruk dikecam orang ramai.

MASIH DIKECAM

Walaupun isu ini sudah lama, namun di laman sosial Instagram miliknya, orang ramai masih lagi mengkritiknya.

Setiap gambar yang dimuatnaik oleh Uqasha Senrose menerima pelbagai komen dari para follower sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri.

Paling banyak, Uqasha pernah terima 11,000 komen di satu gambar miliknya.

Ada yang memberi memberi nasihat agar Uqasha kembali memakai tudung tetapi lebih ramai yang mengkritiknya.

Sehingga ada yang mengutuknya tidak cantik apabila membuka tudung.

KEPUTUSAN DRASTIK UQASHA

Oleh kerana terlalu banyak komen-komen di laman sosial, Uqasha telah mengambil keputusan yang amat mengejutkan ramai.

Uqasha Senrose akhirnya telah menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Maka dengan itu, orang ramai tidak lagi dapat menulis komen di gambarnya.

Sebenarnya, tidakan itu ada baiknya kerana dapat mengurangkan Uqasha dari terus dihentam di media sosial.

Selasa, 18 Oktober 2016

Respon Balas Elly Mazlein Tentang Pendedahan Bekas Suami

Respon Balas Elly Mazlein Tentang Pendedahan Bekas Suami


Elly Mazlein akhirnya tampil memberi respon setelah bekas suami, Azmi Hatta membuat sidang media dan juga akuan bersumpah.

Azmi Hatta mendedahkan, Elly Mazlein pernah memukulnya kerana cemburu.

Ini komen Elly:

"Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

"Saya tahu tentang akuan sumpah 'istikharah cinta' setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini,"

"Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi.."


Elly Mazlein kini dilihat seperti malas untuk ambil peduli dengan kisah bekas suaminya dan akan memberi fokus kepada pertandingan Gegar Vaganza yang disertainya.

Kerana Nelydia Senrose, Elly Mazlein Mengamuk Sakan - Bekas Suami

Kerana Nelydia Senrose, Elly Mazlein Mengamuk Sakan


Azmi Hatta mendedahkan kisah yang berlaku kepada dirinya yang pernah dipukul Elly Mazlein di dalam kereta.

Pengarah ini memberitahu, bekas isterinya iaitu Elly Mazlein seorang yang cemburu dan amat melamlau cemburunya.

Penyanyi ini yang kini sedang menyertai rancangan Gegar Vaganza dikatakan memukul Azmi Hatta kerana cemburu dengan pelakon jelita Nelydia Senrose.

Ini pendedahan dari Azmi Hatta: (mStar)

"Dia (Elly) serang saya di set penggambaran drama kerana cemburu dengan Nelydia Senrose.

"Nelydia ketika itu menjadi pelakon utama,"

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat.."

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia," 

Itulah yang didedahkan oleh Azmi Hatta.

Akuan Bersumpah: Bekas Suami Dedah Perangai Buruk Elly Mazlein Yang Mengejutkan Ramai

Akuan Bersumpah: Bekas Suami Dedah Perangai Buruk Elly Mazlein Yang Mengejutkan Ramai


Tak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat Elly Mazlein dan dikecam orang ramai, bekas suami Azmi Hatta akhirnya tampil mendedahkan ksiah sebenar.

Pertamanya, punca penceraian dia dengan penyanyi itu adalah kerana sikap cemburu Elly yang melampaui batas.

Sikap Elly itu membuatkan dia tertutup hati terhadap penyanyi itu.

Azmi Hatta membuat akuan bersumpah yang ditandatangani Pesuruhjaya Sumpah, Samsiah Ali di Jalan Ipoh bertarikh 17 Oktober 2016.

pengarah ini juga membuat sidang media di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada Selasa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang perceraiannya dengan pelakon Elly Mazlein.

Dalam sidang media berkenaan, Azmi turut menunjukkan akuan bersumpah setebal kira-kira 20 muka surat yang mendedahkan kemelut rumah tangga yang dilaluinya bersama Elly Mazlein

Ini komennya:

ELLY KUAT CEMBURU

"Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.

"Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

PERNAH  CEMBURU DENGAN NELYDIA SENROSE


"Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama,"

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

KENA BELASAH

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia,"


BAPA ELLY SENDIRI CADANG PERPISAHAN

"Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly,"

SOAL ANAK

Sementara itu, ditanya soal penjagaan anak, Azmi berkata dia akan bertemu anak perempuannya itu jika Elly berubah sikap dan menerima kenyataan.

"Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya,"

Pengarah itu sebelum ini, pernah berumahtangga dengan seorang wanita Wan Zolofia Wan Kassim dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Kemudian Azmi Hatta berkahwin dengan Elly pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika wanita itu hamil empat bulan.